JAWATANKUASA AUDIT DALAM 5S PEJABAT SUK PERLIS
Tuesday, 12 July 2016
PENGENALAN : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
PENGENALAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis telah ditubuhkan pada tahun
1938, pada era kolonial Inggeris di
Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat
British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial
British di Negeri
Perlis. Anak Melayu pertama yang
telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis ialah Yang
Berhormat Tuan
Osman bin Talib yang
berkhidmat pada 1 Febuari 1948
hingga 19
November 1949.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri
Perlis, bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.
Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan
Pembangunan. Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Bahagian Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia,
Unit Perhubungan Korporat,
Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri. Manakala Bahagian
Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit
Perancang Ekonomi Negeri,
Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Unit Pentadbiran
Daerah dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Sebagai jentera Kerajaan yang
terpenting, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis juga berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi Negeri dan
Persekutuan bagi memastikan kelancaran pentadbiran seluruh jentera Kerajaan Negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)